AYAM

Add Headings and they will appear in your table of contents.

AYAM BAKAR ALA SATE


Bahan-bahan diperlukan:


1 ekor ayam - dipotong2


15 biji bawang merah


1 labu bawang putih


2 cm halia


10 - 15 tangkai cili kering - ikut kepedasan sendiri


10 batang serai


2 cm kunyit hidup


1 sudu kecil garam


2 cawan teh gula pasir (resepi ni memang menggunakan banyak gula bertujuan supaya ayam tu cantik berkilat masa dipanggang dan rasanya seimbang manisnya sebab dah bercampur dengan rasa pedas dan rempah2 dalamnya...memang seakan2 rasa sate)


1 sudu besar jintan manis


1 sudu besar jintan putih


5 sudu besar madu


Cara menyediakan dan memasak:


Kisar semua bahan kecuali ayam dan madu.

Tuang bahan kisar ke dalam bekas yang berisi ayam dan sebatikan.


Tuang madu dan sebatikan lagi.

Perap dahulu sebelum dibakar. ( perap 24 jam untuk dapatkan rasa ayam bakar ala sate yang lebih best )


Panaskan oven dan bakar ayam selama 1 jam dengan suhu 180c. guna api atas bawah untuk mendapatkan ayam bakar yang cantik garingnya dan sentiasa terbalikkan ayam tu.

AYAM BAKAR BEREMPAH


Bahan


1/2 ekor ayam


2 sudu besar rempah kari


2 sudu besar sos tiram


2 sudu besar sos cili


1 sudu besar serbuk lada hitam


1 labu bawang besar ]


3 ulas bawang putih ] kisar halus


2 inci halia ]


garam secukup rasa


Cara Membuat


1. Bersihkan ayam dan basuh. Tuskan sehingga kering.


2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.


3. Perapkan selama 2 jam atau lebih.


4. Gunakan pemanggang ajaib atau kuali non-stik bakar ayam selama 30 minit sambil balikkan sekali sekala.


5. Hidangkan dengan sos lada hitam atau sos cili.


#Tips

Boleh bakar dalam oven pada suhu 180'C selama 30 minit. Susunkan ayam atas jaring untuk dapatkan garing kedua-dua belah bahagian [tidak perlu pusingkan ayam]

AYAM BAKAR CILI PADI


Bahan-Bahan


1 ekor ayam

Garam dan gula @ madu secukupnya

Sedikit sos tiram

Sedikit sos cili

Sedikit kicap


Bahan Kisar


1 batang serai

4 ulas bwg putih

5 ulas bawang kecil

10 tangkai cili padi (leh adjust lau nak tambah pedas)

1 inci halia

1 inci kunyit hidup

1 biji kiub ayam (lau xmau guna leh ganti belacan)

Sedikit minyak (saya guna olive oil)

(semua bahan ni kisar atau tumbuk)


Cara Membuatnya:


1. Campur bahan kisar ngan sos tiram, sos cili, kicap, garam dan gula @ madu. Sapu pada keseluruhan ayam dan perap 1 jam atau semalaman dalam peti ais


2. bakar dalam oven guna api atas bawah, suhu 200 c selama 45 minit atau 1 jam. Bergantung pd oven memasing. Tengok-tengok api, jangan kering sangat. Biar isi ayam tu lembab-lembab sikit. Boleh juga bakar guna kuali ajaib, pandai-pandai adjust api

AYAM BAKAR ALA NANDOS


Bahan - Bahan


1 ekor ayam (dikembang kupu-kupu)


6 biji cili padi (kurangkan sekiranya nak kurang pedas)


1 biji capsicum merah


1 biji lemon (diperah jusnya)


2 sudu besar paprika


2 sudu kecil garam


1 sudu besar oregano


1/2 sudu kecil serbuk cili


1/2 cawan minyak sayuran (boleh juga guna minyak zaitun)


5 ulas bawang putih


4 sudu besar cuka


1 sudu kecil serbuk lada hitam


1/4 sudu kecil pewarna merah


Cara Memasak


1. Ayam dikembang kupu-kupu. Ketepikan.


2. Masukkan kesemua bahan (kecuali ayam) ke dalam blender dan proses sehingga sebati. Sos ini akan digunakan untuk memerap ayam. Ia juga boleh dimasak dengan sedikit air sehingga agak pekat dan digunakan untuk mencicah semasa menikmatai ayam nanti. Boleh juga dibuat kuantiti yang lebih besar dan simpan di dalam peti sejuk. Sebaik-baiknya sos ini dibuat awal sehari sebelum digunakan untuk memerap kerana rasanya akan lebih sedap lagi.


3. Langkah ini boleh diabaikan tetapi kalau buat akan bertambah sedap, moist dan lembut ayamnya. Masukkan 2 sudu kecil garam, 1 sudu kecil gula, 1/2 cawan cuka, jus sebiji lemon, sesikit daun ketumbar dan sedikit daun pasli ke dalam bekas yang muat seekor ayam. Masukkan air sejuk. Kacau sebati. Masukkan ayam, biarkan tenggelam. Tutup dan sejukkan 1 ke 4 jam. Selepas itu keluarkan, bilaskan dengan air dan bolehlah diperap dengan bahap perapan.


4. Lumurkan sos perapan ke seluruh permukaan ayam, juga di celahan-celahan. Tutup dan sejukkan semalaman.


5. Preheat oven ke 170ºC


6. Masukkan ayam ke dulang yang telah digris. Bakar selama 20 minit. Terbalikkan ayam pada minit ke 10.


7. Setelah 20 minit, kurangkan suhu ke 120ºC. Terbalikkan ayam, sapu sedikit sos pada ayam dan bakar lagi lebih kurang 15 ke 20 minit. Sapukan sos sekali lagi pada minit ke 10.


8. Untuk mendapatkan efek BBQ, gunakan fungsi broil pada oven dan bakar lebih kurang 5 minit untuk setiap belah. Sekiranya tiada fungsi broil, alihkan ayam ke rak paling atas, gunakan api atas sahaja, setkan suhu ke 200ºC dan bakar 5 minit untuk setiap belah. Perhatikan supaya tidak sangat hitam.

Ayam Panggang Blackpepper

Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:

1/2 ekor ayam - potong suka hati

2 inci halia

6 ulas bawang putih

4 sudu besar sos tiram

Coarse black pepper secukupnya

Sedikit madu

Sedikit garam

Sedikit minyak zaitun - renjis


Kisar halia dan bawang putih sehingga halus. Lumur pada ayam. Satukan sos tiram dan madu. Lumur lagi pada ayam. Akhir sekali tabur serbuk lada hitam.


Masukkan ke dalam loyang bersesuaian. Renjis dengan minyak zaitun. Bakar pada suhu 150C sehingga ayam masak. Saya bakar lama dalam 1 jam dengan diterbalikkan dan direnjis minyak dari masa ke semasa.


Nota:

Boleh juga dimasukkan ubi kentang, karot dan dibakar bersekali.

RESEPI AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS


BAHAN-BAHAN:


1) Seekor ayam 1kg+


Bahan Kisar:

2) 2 biji bawang besar

3) 4 ulas bawang putih

4) 1 inci halia

5) 1 kiub ayam knorr / maggi

6) 2 sudu serbuk lada hitam

7) 1 senduk kecil sos black pepper

8) garam 1 sudu teh

9) gula 1 sudu makan

10) air 100ml


Bahan Perap:

11) 2 sudu madu (optional)

12) 3 sudu minyak zaitun

13) 2 sudu besar mixed herbs @ daun oregano


CARA MEMASAK AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS


1. POTONG & BERSIHKAN AYAM


Mula-mula, bersihkan ayam. Anda boleh potong 4 atau tak payah potongika ia tak dipotong, jangan lupa masukkan sedikit bahan perapan ke dalam ayam nanti.


2. KISAR BAHAN


Kisarkan semua bahan yang bernombor 2-10


3. PERAPKAN AYAM


Campurkan bahan perap iaitu madu, minyak zaitun, dan mixed herbs / oregano bersama bahan kisar dan gaulkan di dalam bekas.

Tuang semua bahan ini ke dalam ayam dan lumur rata. Tutup bekasnya dan perap dalam 2 jam dalam peti ais di bahagian chill.


4. MASAK


Terdapat 2 cara untuk memasak ayam panggang ini. Pilihlah yang mana mudah dan sesuai dengan selera masing-masing.


A) Periuk High Pressure / Pemanggang Ajaib


Kalau menggunakan periuk jenis ini atau yang seangkatan dengannya, anda boleh memasak ayam tadi selama 30 minit. Selepas itu, ‘stir fry’ dengan sedikit minyak di atas kuali untuk mendapatkan hasil kerangupan dan rasa panggang yang sedap.


B) Ketuhar / ‘Oven’


Jika anda ingin menggunakan ‘oven’, panaskan pada suhu 180’c-200’c. Gunakan api atas bawah. Bakar selama 1 jam – 1 1/2 jam sehingga masak. Selepas 1/2 jam pertama, siram ayam dengan kuah perapan dan tuang minyak sedikit supaya ayam tidak kering.

*Suhu ‘oven’ bergantung pada saiz oven. Kalau saiz ‘oven’ lebih besar, gunakan suhu yang lebih tinggi.


5. SIAP!


Apabila siap, bolehlah cuba lihat isi dalamnya sama ada cukup masak. Aromanya memang harum, lebih-lebih lagi dengan campuran pelbagai rempah.

Resepi Chicken Roasted Ala-Ala Kenny R

(RESEPI BY NAJAH FARAHIN)



Sebenarnya ni menu kegemaran anak-anak Kak Najah. Guna 3-4 bahan perap ja. Jadi sedap dah. Dah le takda sukatan. Hentam jer.

Bahannya:

Blackpepper coarse

Paprika

Mixed herbs

Olive oil

Garam (KakNajah guna garam bukit Halagel)

1. Campur semua bahan. gaul dan perap 1 jam

2. Selalu kak Najah guna ayam potong 4. Lebih juicy. Kadang-kadang jer guna ayam potong 20.

3. Bakar dalam oven guna suhu atas 200 darjah saja. Takperlu guna suhu bawah.

4. Tak payah wrap aluminium foil. Bagi kulit dia garing. yummeh

5. Jika ayam belah dua. Masa bakar 40 min.

Lepastu keluarkan dan terbalikkan ayam. Tambah masa lagi 30 minit.

6. Jika ayam belah 4, masa bakar 30 minit. Lepastu terbalikkan dan sambung lagi 25 minit. Jika ayam potong kecil, kurangkan lagi masa roast chicken tu. Jangan lelama. Nanti kering sangat. Tak juicy tak sedap.

7. Boleh bakar sekali dengan kentang.

8. Brokoli dan carrot tu Najah celur dalam air mendidih sekejap. Kemudia toskan.

Gambar last tu KakNajah bakar dalam talam. Lepas keluarkan comot-comot dari oven, kami terus makan. Malas basuh pinggan ghekah kat dulang pembakar terus. Heeee

Selamat Mencuba!